Jenis Jenis Lantai

JENIS-JENIS LANTAI YANG SERING RAKYAT MALAYSIA GUNAKAN..

Rumah admin pakai tiles aje…tapi teringin nak pakai marble tu…mst cantik kan..🤗🤗

Mozek atau Tiles digemari krna pilihan yg banyak..warna, bentuk,banyak rumah di malaysia memilik utk menggunakan nya..

Tiles/mozek diperbuat dari tanah liat (clay) yang dibakar dengan suhu tertentu, Kerana tanah liat inilah, jenis lantai ini tidak panas dan ruangan diatasnya terasa sejuk.

 
 
 
 

Jenis lantai berikutnya diperbuat daripada kayu 100%.. Biasanya lantai spt ini diminati kerana mempunyai aura atau sentuhan klasik di rumah.Cuma perlu di ingati bahawa jika inhin menggunakan parket,haris lah di apply kan dahulu pest cntrol bagi mengelak dari dimakan anai2

 
 
 
 

Diperbuat dari kayu dan campuran lain..dan dipanaskan dengan suhu tertentu.Harga nya lebih murah jika dibandingkan dengan kayu solid 100% dan boleh dipasang sendiri..

 
 
 
 

VInyl flooring sama seperti tikar getah cuma material nye lebih bagus dan mempunyai ketebalan yang lebih dari tikar getah…boleh dipasang secara diy dan didatang kan dengan gam..

 
 
 
 

Marmer atau marble adalah salah satu jenis lantai paling tahan lama dan serbaguna. Selain digunakan lantai, material ini dapat digunakan juga sebagai pelapis dinding rumah atau dinding tiang.

Biasanya material ini lebih mahal daripada tiles atau mozek karena berasal dari bongkah batu di press dgn suhu tertentu. Warna nya yg berkilat dan mudah kering adalah keistimewaan marmar.

 
 
 
 

Granite mempunyai daya serap yang lebih sdikit berbanding marmer/marble.

Walaupun susunan partikelnya rapat, permukaan luarnya tidak kasar malah berkilat seperti kaca,mempunyai daya tahan yg kuat..tidak mudah pecah.

 
 
 
 

Batu merah IBS

Batu IBS ataupun interlocking brick system juga bukan sahaja dalam bentuk batu campuran konkrit malah terdapat juga dalam warna merah atau batu tanah liat.  

Batu IBS merah ini diperbuat daripada tanah liat dan menjadi pilihan bagi mereka yang mempunyai bajet yang tinggi.

selain pemasangan batu yang mudah seperti menyusun lego. Kelebihan batu IBS merah juga ialah:

  1. Menghasilkan suasana dalam rumah yang sejuk. 
  2. Lebih kukuh kerana dibakar dengan suhu yang tinggi. 
  3.  Pattern yang klasik. 
contoh batu IBS Merah
Rumah yang dibina dengan batu IBS

RUANG DI BILIK AGAK TERHAD??

Cuba guna pintu sliding macam ni…sure boleh jimatkan space n yang penting nampak menarik..

Jenis jenis tiles

Anda tahu apa itu tiles? Tiles itu adalah salah satu jenis lantai atau flooring yang penting untuk menaikan seri dalam rumah anda. 

Tile yang ekonomi dimana semua orang mampu beli kerana harganya yang mampu milik. 

sesuai untuk digunakan disemua tempat seperti dapur, ruang tamu, dinding  dan bilik tidur anda

Tile 1×2 adalah tile yang kelihatan elegan dan harganya tidak terlalu mahal

Bentuknya yang memanjang  kebiasaanya digunakan sebagai lantai porch kereta, dinding dan lantai toilet.

Tile 2×2 adalah pilihan bagi mereka yang mempunyai citarasa yang mewah. Tile 2×2 ini kebiasaanya dipakai di ruang tamu dan juga sesuai digunakan untuk tabletop.

Dengan memakai tile 2×2 ini, ruang yang kecil kelihatan lebih luas berbanding menggunakan tile 2×2

Jenis jenis Integrated Building System

Apabila disebut tentang IBS, pengguna selalu terbayang interlocking brick, jadi kami nak kongsi 3 jenis IBS yang selalu diguna dalam construction. Sebenarnya banyak lagi jenis, tetapi 3 ini lebih biasa digunakan.

IBS tidaklah terkenal di Malaysia kerana kilang berskala kecil, ditolak oleh sesetengah pihak kerana boleh menjatuhkan sales untuk business kedai hardware mereka, kontraktor tidak mempunyai kepakaran untuk bina dan ubah suai dan yang paling utama adalah masyarakat masih mempunyai ketakutan untuk berubah ke kaedah lain.

IBS ini mempunyai banyak kelebihan yang hampir sama seperti pembinaan yang cepat, tahan api, sejuk dan menjimatkan untuk kualiti yang tinggi.

Interlocking brick adalah kaedah pemasangan batu seperti lego.

Kelebihan :
-3 kali laju dari pembinaan konvensional.
-Teknologi mesra alam.
-Penjimatan penggunaan acuan.
-Tidak perlu plaster.
-Tiada pembaziran bahan binaan.
-Tapak binaan yang bersih dan kemas.
-Ruang dalaman lebih sejuk.
-Penampilan yang elegen dan esklusif.
-Binaan dinding secara ” Interlocking ” dan Dinding Galas Beban-lebih kuat.

Kekurangan:
-Perlu pasang kemas dari tukang mahir.
-Base slab atau foundation perlu stabil agar tidak mendap, jika mendap sebelah akan memberi kesan pada dinding.

Roslee Pillar (RP) adalah satu bahan binaan berasaskan simen dan fiber. Bahan binaan RP adalah satu bahan binaan 3 dalam 1 iaitu column, beam dan wall dibuat dari satu bahan , Cuma saiz nya diubah mengikut keperluan column, beam dan wall tersebut. Bangunan menggunakn RP tiada penggunaan formwork ketika membuat kerangka bangunan dan tiada penggunaan batu bata untuk membina dinding. Penggunaan RP juga boleh digabungkan dengan bahan binaan batu bata, dalam hal ini RP digunakan untuk membina column dan beam manakala dinding dibina dari batu bata.

Kelebihan:
-Murah
Tiada kayu atau plywood untuk membuat form-work. Kayu pakai buang jimat sehingga 80%.
Tiada kerja-kerja kayu untuk membuat colimn dan beam.
Pemasangan column, beam dan wall mudah dan cepat dilakukan.
Kos berkaitan kerja-kerja besi dapat dijimatkn sehingga 40%
Kos Gunatenaga kerja dapat dikurangkan 40% – 50%
Kos keseluruhan pembinaan bangunan dapat di kurangkan 35% hingga 50%.

-Teguh
Struktur bangunan akan menerima beban kurang dari cara binaan biasa apabila menggunakan ROSLEE PILLAR.

-Kemas
Cara Pemasangan ROSLEE PILLAR Semi pasang siap dapat dikendalikan dengan tangan dan mudah diplaster menjadikannya lurus dan kemas.

-Ringan
Tidak memerlukan Kren dan boleh diuruskan oleh tenaga manusia.

-Mudah
Mudah dipasang dan tidak memerlukan tenaga mahir untuk keseluruhan kerja.

-Tiada Pembaziran
Tidak menggunakan polywood dan kayu untuk membuat form-work. Kayu pakai buang dapat dikurangkan hingga 70%.

-Mesra Alam
Hampir tiada bahan pakai buang dan pembakaran terbuka dimana dimana kertas simen pun digunakan dalam kerja-kerja pembinaan menggunakan Roslee Pillar.

-Keselamatan
Menggunakan Roslee Pillar, Dinding yang terbentuk hollow dan ringan dimana jika berlaku gegaran gempa bumi risiko kemalangan dapat dielakkan

-Tenaga Kerja
Masa kerja dan jumlah tenaga kerja dapat dikurangkan hingga 40%. Tenaga kerja tidak mahir ataupun separa mahir dapat melakukan pembinaan.

Kekurangan :
Memerlukan kontraktor berpengalaman jika hendak ubah suai khususnya pipe dan wiring

Foam concrete block mengandungi berjuta mikro-sel udara.

Kelebihan:
– Jimat (kos keseluruhan binaan)
– Ringan
– Penebat haba yang cemerlang
– Kalis api ( > 4 jam)
– Penyerap suara yang baik
– Kekuatan mampatan yang tinggi
– Penyerapan air yang rendah
– Suhu dalam rumah yang dingin
– Dinding tidak mudah berkulat
– Mudah diikat dan diplaster

Wall Panel adalah antara jenis IBS yang paling diminati dalam industri pembinaan negara. Terbahagi kepada dua jenis utama-struktur kerangka dan dinding galas beban.

Komponen tipikal dalam struktur kerangka adalah rasuk, tiang, papak dan dinding tidak galas beban.  Kebiasaannya, komponen ini dihasilkan di luar tapak menggunakan mesin dan  acuan.  Jenis kedua pula sistem dinding galas beban, menawarkan sestem yang lebih mudah iaitu papak dan dinding.  Kedua-kedua komponen itu boleh dikeluarkan di kilang atau diperbuat di tapak dan antara jenis popular ketika ini menakala jenis pertama adalah menjadikan struktur lebih fleksibel dan mapan.

Sistem ini terutamanya untuk kerangka bumbung begitu digemari di negara ini.  Keluli struktur sesuai untuk bangunan tinggi dan kebiasaannya digunakan dengan panel papak dan dinding kongkrit pratuang di dalam penghasilan struktur hibrid dengan masa cepat

Komponen struktur sistem kerangka keluli terbahagi kepada dua jenis iaitu keluli tergelek panas dan sejuk, berasaskan kepada proses dan bahan di dalam pembuatan.

Ia menawarkan pemasangan tapak lebih pantas dan pengurangan tenaga pekerja jika dibandingkan denga lain-lain jenis IBS.

Basic vs Aksesori

Masih ramai di antara kita yg kurang arif tentang perkara ni…so harini kami nak share apa yang wajib ada dalam rumah,dan apa pula aksesori tambahan jika owner mempunyai citarasa yang lebih ummphhh 👍👍

Yang asas ialah pintu. Jika tuan puan nak nampak lebih cantik dan lagi secured boleh la pakai security door atau juga dipanggil safety door.

Yang asas ialah plaster siling plain. Jika tuan rumah mempunyai citarasa yang tinggi atau nak menaikkan lagi seri setiap ruang dalam rumah boleh gunakan Lbox atau cornice.

Yang penting ialah lampu utk pencahayaan. Bagi menaikkan lagi unsur kemewahan pada ruang tamu boleh lah guna chandelier.

Asas setiap rumah perlu ada lantai. Tetapi untuk kelihatan presentable atau cantik boleh la guna kan lantai jubin/mozek berbanding lantai simen. Boleh klik dibawah untuk lihat video kami berkenaan flooring untuk tahu lebih lanjut. 

Jenis-jenis flooring

Pintu pvc adalah yang paling asas kita boleh gunakan utk tandas. Seiring dengan zaman yang makin maju. Maka pintu tandas pun telah berubah konsepnya. Jadi kepada siapa2 yang nak nampak lebih moden boleh lah menggunakan pintu bifold.

Basic toilet bowl ialah 2 piece. Tapi ada juga tuan rumah yg guna kan toilet bowl one piece bagi menggambarkan kemewahan dalam kamar mandi.

Kipas memang wajib kita pakai, tapi kadangkala kipas sahaja tidak cukup utk menyejukkan ruang rumah. Tuan puan bolehlah pilih untuk gunakan aircond bagi menyelesaikan masalah tersebut.

6 TIPS KESELAMATAN DI DALAM RUMAH

Umum semua daripada kita terdedah kepada bahaya,walaupun di dalam rumah. Jadi harini kami terpanggil untuk berkongsi beberapa tips yang tuan puan boleh gunakan untuk kekal selamat di dalam rumah tuan puan. Kami harap tuan puan peroleh info yang berguna melalui perkongsian kami kali ini..🤗🤗

 

Pastikan setiap rumah mempunyai sekurang kurang nya 1 peti pertolongan cemas bagi memudahkan kita meletak ubat-ubatan. Andai kata berlaku kemalangan kecil,peti pertolongan cemas ini boleh diguna pakai sementara pesakit di hantar ke klinik atau hospital terdekat. Peti pertolongan cemas ini juga harus lah diletakkan di tempat yg selamat agar tidak terdedah kepada anak-anak kecil.

Alat pemadam api kecil ini wajib ada di dalam rumah. Malang tidak berbau,kebakaran boleh terjadi di mana2 di dalam rumah. Sekurang2 nya jika ada alat pemadam api,kebakaran dapat dikawal dengan cepat sementara menunggu ketibaan pihak bomba dan penyelamat.

Pastikan di pintu dan tingkap kediaman kita dipasang dengan grill bagi menyukarkan pencuri atau perompak utk masuk ke rumah kita.

Pastikan peralatan tajam seperti pisau gunting gergaji dan lain-lain diletakkan di tempat yang tinggi agar tidak mudah dicapai oleh anak kecil..

Sekiranya tuan puan tiada di rumah pada waktu malam. Kami sarankan tuan/puan pasang lampu di hadapan rumah(garaj) bagi tujuan memberi aware kepada pencuri yang tuan puan ada di dalam rumah tersebut.

CCTV juga perlu dalam kita memastikan keselamatan di dalam rumah. Lihat sahaja beberapa kes yang berlaku baru baru ini. Mujur ada CCTV penjahat dapat diberkas oleh pihak polis kerana mereka mempnyai rujukan. Jika tuan puan kurang bajet boleh juga pakai CCTV yang dummy bagi tujuan menakut kan pencuri.