12 Tips Hilangkan Bau Tandas

Bilik air adalah tempat kedua yang panas selepas ruang tamu. Tetamu datang mesti ada yang nak tumpang tandas. Mesti malu kan kalau tandas tu berbau, nnty dikatakan pengotor.. aduhh

1.Baking soda

Setiap kali bersihkan tandas, boleh gunakan baking soda untuk bersihkan daki-daki atau kotoran degil pada mangkuk tandas dan tiles terutamanya.

Baking soda akan meresap kotoran dan membawanya bersama selepas dibersihkan dan memberikan permukaaan tandas pun kembali putih macam baru. Boleh bertahan untuk sebulan bergntung kepada kekerapan penggunaan tandas.

2.Cuka putih

Selain baking soda, cuka putih juga boleh digunakan, selain membersihkan kotoran ianya dapat membersihkan paip yang tersumbat dan mewangikan bilik air. Tuang cuka ke dalam mangkuk, letakkannya di bilik air dan gantikan setiap dua minggu. Gerenti tandas anda dah tade bau.

3. Lemon

Lemon pun boleh digunakan untuk menghilangkan bau tandas, letakkan kepingan lemon dan dalam tandas dan lemon akan menyerap bau yang busuk tadi, tandas pun bau wangi. Tukar lemon tu setiap minggu untuk bau wangi yang efektif.

4. Essential oil

Bagi yang tak suka kan bau lemon, boleh gunakan essential oil.
Bau daripada essential oil ni lebih tahan lama dari air freshner yang sedia ada. Sama ada letakkan titikkan keatas kapas, da letakkan dalam bilik air atau anda boleh masukkan dua cawan air, 1 sudu cuka putih, satu sudu soda penaik dan 10 titis essential oil.
Bau lavender dan bau serai sangat digalakkan tapi, ingat jangan terlalu banyak diletakkan.

5. Pencahayaan matahari

Sebab tu kalau dalam tandas, mesti kena ada tingkap kecil untuk pengudaraan dan sinaran matahari. Sinaran daripada matahari ni dia dapat membunuh kuman dan bakteria, tandas pun tidak berada dalam keadaan lembap dan basah selalu.

6. Tong sampah bertutup

Tong sampah dalam bilik air merupakan kemudahan, tapi kalau rumah anda ada tong sampah dalam bilik air, bersihkan tong smpah anda setiap hari walaupun belum penuh dan kalau boleh beli tong sampah yang bertutup, agar bau nya tidak terdedah keluar.

7. Desiccant

Salah satu sebab kenapa tandas berbau adalah disebabkan kelembapan oleh itu, gunakan bahan kering seperti gel silica untk menyerap haba. Atau boleh gunakan juga tanakan seperti paku pakis dan pokok lily untuk menyerap bauk yang lembap dan hapak.

8. Pengudaraan

Bilik air juga perlukan pengudaraan untuk kitaran udara yang bersih. Tingkap kecil dalam tandas atau exhaust fan boleh digunakan untuk pengudaraan. Pengudaran yang sempurna boleh menghasilkan bau yang segar dan menguranhkannkadar lembapan.

9. Lumut

Kalau boleh, periksa setiap sudut dalam bilik air anda, kadang2 lumut memberikan bau yang tidak menyenangkan dan membuatkan tandas kita menjadi kotor. Biasanya boleh dijumpai di celah2 tile dan tempat yang lembab seperti sink, tiles dan siling. Bersihkan lumut secepat mungkin dan lap kawasan berlumut tadi dengan kain kering selepas membersihkan nya

10. Tutup penutup mangkuk tandas

Selepas menggunakan tandas, tutup lah mangkuk tandas selepas flush. Perkara ini juga membangu mengurangkan bau mangkuk tandas.

11. Hampas kopi

Kalau anda rasa bau yang tidak menyenangkan itu datang dari mangkuk tandas. Hampas kopi yang dah digunakan tu jangan dibuang, sebaliknya tuangkannya ke dalam mangkuk tandas, buatkan beberapa lama dan flush.

12. Arang

Arang ini terkenal dengan kadar penyerapan dia terhadap bau busuk. Ada yang letakkan arang di dalam kereta dan almari pakaian untuk hilangkan bau yang kurang menyenangkan. Jadi, anda juga boleh gunakan arang untuk bilik air anda, letakkannya di dalam gauze atau kain yang nipis, dan gantung pada mangkuk tandas.

5 komponen homestay yang eksklusif

Kalau anda dah ada rumah, rasa nak cari duit pasif dengan rumah anda, samaada jadikannya sebagai homestay atau rumah sewa. Jangan lupa 5 komponen ni.

Wifi

Sekarang semua perlukan internet, sesetengah orang bercuti mesti kena ada internet. Lagi laju internet lagi puas hati. Barulah pelanggan repeat order

Kelengkapan Asas

Yang kedua kelengkapan. Walaupun mereka jauh dari rumah, homestay anda mampu berikan aura yang sama seperti rumah mereka. Kelengkapan adalah seperti Katil, tv, kipas dan dapur memasak.

Kelengkapan ni sebenarnya digalakkan juga untuk rumah sewa. Kalau takut barang ni rosak, anda sebut dalam agreement.

Penghawa Dingin

Keadaan Malaysia sekarang sangat panas, aircond ni dikira bonus lah dalam homestay atau rumah sewa. Tpi, sy cadangkan beli aircond yang ada sticker star, sebab aircond yang jenis ni sangat jimat. Kita pun tak pening pasal bil elektrik.

Parking

Atas faktor keselamatan, Parking pun boleh jadi satu kewajipan. Sesetengah orang takkan parking kereta sebarangan lagi-lagi parking di tempat baru. Parking haruslah ditempat yang selamat dan di tempat yang disediakan. 

Renovation

Lagi bagus kalau anda renovate rumah anda dengan konsep yang kelihatan mewah. Kadang-kadang nak kelihatan mewah tak perlu keluarkan modal yang banyak. Hanya perlukan beberapa teknik dalam
pemilihan warna cat dan perabot

Tips sejukkan rumah tanpa aircond.

Tak dinafikan sekarang cuaca tidak menentu. Ini adalah tips-tips yang mudah dan cepat untuk sejukkan rumah. 

1. Tinted tingkap

Jangan ingat kereta je kena ada tinted, cermin tingkap pun kena ada tinted tau. Selain dapat mengelakkan matahari daripada terus masuk, tinted ni pun menyumbanh kepada keselamatan rumah.

2. Tidur di aras lantai

Rasa mcm pelik tpi inilah kenyataan. Kenapa tidur atas lantai? Dia lebih kurang sama dengan analogi kenapa bumbung yang makin tinggi makin sejuk. Haba ada yang datang daripada sling jadi apabila Bila kita berada di paras yang rendah, kita sebenarnya akan merasa sedikit sejuk berbanding tidur diatas katil.

3. Masukkan cadar dan selimut dalam peti ais

Haa ni lagi satu pelik. Ini adalah alternatif aircond segera. Sebelum pergi kerja tu, boleh masukkan cadar dan selimut kedalam plastik dan masukkan kedalam peti sejuk. Nanti nak tidur, ambik dan pakai. Perghh nyaman sangat.

4. Tanam pokok sekeliling rumah

Ini memang cara yang memang legend, pokok sekeliling rumah sebenarnya meredupkan kawasan rumah yakni cahaya matahari tu tak terkena direct dekat rumah anda. Tpi, dalam menanam tu, pastikan juga kawasan halaman dalam keadaan bersih, terlalu banyak semak samun, boleh mengundang binatang yang tidak diingini.

5. Kolam

Sebenarnya kolam yang kecil pun dah memadai untuk menghasilkan suasana yang sejuk dan nyaman.

6. Bahan tanah liat

Kalau terdetik di hati anda, nak bina rumah atau nak renovate rumah pada masa akan datang, gunalah bahan tanah liat seperti batu tanah liat dan atap genting tanah liat. Kerana tanah liat kurang menyerap haba, dan menghasilkan suasana rumah yang sentiasa sejuk.

Apa itu VOC

Volatile organic compound (VOC) ni merujuk kepada kandungan bahan kimia yang dapat menguap dan seterusnya mencemari udara rumah serta menghasilkan gas yang bahaya kepada kesihatan dan kesannya boleh jadi dalam jangka masa yang pendek atau pun panjang.

Haa.. walaupun namanya organic tak semestinya cat ni bagus, sebenarnya, lebih rendah VOC sebuah cat lebih bagus dan selamat untuk digunakan di rumah kita. Di pasaran sekarang juga dah ada banyak yang jual cat yang mempunyai zero VOC.

Cat yang mempunyai VOC yang tinggi mengeluarkan bau yang kuat semasa diaplikasikan pada dinding. Baunya yang tajam kadang2 memberik ketidakselesaan kepada penghuni rumah.

Jadi berbelanjalah lebih untuk kesihatan kita dimasa akan datang.

CAT APA YANG SESUAI UNTUK RUMAH ANDA

Secara kasar, semua cat dinding nampak sama, tapi sebenarnya tak sama. Akhirnya cat tak tahan lama, menggelupas.. makin buruk pula. jadi harini saya kongsikan 5 jenis cat yang sesuai untuk setiap ruang di rumah anda.

Matte atau Doff

Cat jenis ini mempunyai tahap kilau yang rendah dan memberikan efek warna yang lembut sesuai untuk digunakan unutk menutup sebarang kecacatan pada dinding rumah anda. Cat ini juga sesuai digunakan pada siling rumah anda.

Tahap meresap masuk ke dalam dinding yang tinggi membuatkannya sesuai dijadikan cat luaran juga namun tak sesuai digunakan di dapur kerana susah untuk dibersihkan sekiranya terdapat kotoran. 

Eggshell

Apabila disapu pada dinding cat ini mempunyai permukaan seperti kulit telur walaupun bertekstur namun ianya sangat halus ketika disentuh.

Cat jenis ini senang dibersihkan dan tidak memantulkn cahaya matahari. Cat ini sesuai digunakan di bilik tidur,ruang tamu dan ruang keluar.  

Satin

Cat satin memberi penampilan yang mewah.  Permukaan dinding yang dilapisi dengan cat satin mempunyai tekstur yang lembut di tangan.

Kebiasaannya cat ini digunakan pada ruang galeri dan juga restoren, karena jenis cat ini memiliki efek malap dan memantulkan cahaya.

Jenis cat ini juga mudah untuk dibersihkan dan boleh digunakan di ruang tamu, bilik tidur, bilik mandi dan Hallway.

Glossy

High gloss memantulkan cahaya sehingga terlihat berkilau dan sangat mudah dibersihkan. High gloss ni jarang digunakan dan sangat sesuai untuk eksterior yang bersinar seperi tiang rumah dan pintu. 

Semi Glossy

Semi gloss memiliki tingkat kilap yang lebih rendah dan tidak mudah mengelupas.  Cat semi gloss sesuia digunakan pada bahagian dapur dan Bilik air. Ada juga yang menggunakan cat ini untuk mengecat kabinet dapur.

9 TIPS KEKALKAN KUALITI UDARA DALAM RUMAH

Udara penting bagi kita nak nak dalam rumah mestilah kena bersih sebab rumah tu ibarat tempat kita berlindung dari ancaman luar. Mesti kena ingat, udara yang harum ta semestinya bersih tau!

Jangan Merokok!

Kalau ada dalam ahli keluarga anda merokok, mereka boleh cuba merokok diluar rumah lagi bagus,Cuba kalau keluar rumah tu tutup pintu supaya nanti asap rokok tak masuk rumah sebab asap rokok membebaskan bhan kimia yang merbahaya kepada kesihatan orang lain.

Table plant

Pokok menyerap toksik dan gas yang merbahaya. Tapi apa pokok yang sesuai untuk tanam dalam rumah? Boleh cuba tanam pokok peace lily, baby aloe vera, lucky bamboo atau lady palm.

Buka Tingkap

Setiap hari tu, buka tingkap selama 10-15 minit untuk pengudaraan ataupun boleh letakkan kipas pengudaraan

Penyusunan perabot

Penyusunan perabot mestilah tidak menghalang pengudaraan.

Regular Cleaning

Sentiasalah vakum dan mop lantai. supaya bebas dari habuk dan kotoran. Kalau  boleh vakum tu mestilah mempunyai penapis HEPA yang mana boleh sedut sekecil-kecil zarah yakni debunga atau bulu-bulu haiwan peliharaan anda. 

Pemilihan cat yang betul

Selain pemilihan warna yang betul. Haruslah memilih cat yang mempunyai tahap VOC yang rendah atau lagi bagus zero VOC. atau nak kenal dengan mudah, bila cat dekat dinding tu, dia tak berbau kuat. Apa itu VOC? nanti saya akan share di post seterusnya.

Gunakan freshener dari bahan semula jadi

Ingat tak bila saya cakap, udara yang harum tak semestinya bersih. Tanpa kita sedari sebenarnya freshner yang selalu kita guna mengandungi bahan kimia yang bahaya terutamanya kepada kanak-kanak. Kadang-kadang, kalau kita guna spray buat sembur nyamuk pun nyamuk boleh mati. Jadi, go natural! gunakan freshner semula jadi.

Selenggara peti dan oven

Sebenarnya peti ais dan oven juga mengeluarkan gas yang bahaya. oleh itu, sentiasalah selenggara peti dan oven anda untuk kualiti udara yang bagus. 

Penapis udara

Akhir sekali, tak salah rasanya kalau anda dapat keluarkan sedikit wang untuk membeli penapis udara untuk kesihatan setiap penghuni rumah. Penapis udara bertindak menggantikan udara yang kotor dengan udara yang baru. Sesuai juga bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan dalam rumah.

Tips Jaga Warna Sofa

Okay, kita dah beli sofa, lawa, cantik je. Tapi agak-agak sampai bila sofa kita nampak macam baru? so ni beberapa tips untuk  kekalkan warna sofa kita terutamanya sofa yang berwarna cerah. 

Bersihkan sofa selalu

Biasakan diri untuk selalu bersihkan sofa, bersihkan di kawasan yang tak selalu dapat dicapai agar tiada sebarang habuk. Kadang-kadang habuk akan membuatkan sofa kita nampak lusuh dan kotor. 

Vacuum kawasan sekeliling

Vacuum dan lap perabot yang berdekatan  dengan sofa agar tiada kotoran yang melekat. 

Alihkan sofa!

Sentiasa alihkan sofa anda dan jangan biarkan sofa anda menghadap cahaya matahari atau terdedah secara langsung kepada matahari. Pendedahan kepada cahaya matahari dalam masa yang panjang boleh menyebabkan warna sofa cepat pudar

Alas Sofa

Alas sofa dapat menjaga warna sofa anda selain dapat elakkan sofa anda daripada terkena kotoran-kotoran degil. Sesuia bagi mereka yang selalu menerima tetamu.  

Ambil Tindakan!

Sentiasa ambik bersihkan kotoran dengan cepat sekiranya terdapat kotoran pada sofa anda. Kalau boleh elakkan, makan atau minum di atas sofa. 

Tips Rumah Nampak Luas

Ruang yang luas memberikan keselesaan kepada kita. Keselesaan tu penting sebab kita akan duduk di rumah tu setiap hari. Selain beri keselesaan kepada kita, tetamu pun turut selesa. Senangla nanti nak buat majlis kenduri kendara.. 

Warna Terang

Pemilihan cat yang cerah atau terang membuatkan sesebuah ruangan nampak lebih ceria dan tidak memerlukan pencahayaan yang banyak bahkan dengan kombinasi pencahayaan daripada luar sahaja cukup memberi impak kepada sesebuah ruangan.

Pencahayaan

Pencahayaan memainkan perana yang penting, kurang pencahayaan boleh membuatkan sesuatu ruangan itu suram dan menghasilkan aura yang kurang bagus. Oleh itu, semasa menyusun perabot disyorkan tidak menghalang pencahayaan. 

Pilih juga lampu yang sesuai untuk memberi cahaya yang cukup di waktu malam.

Pemasangan Wallpaper

Pemasangan wallpaper juga membantu sesuatu ruang itu nampak luas, sebaiknya pilihlah wallpaper yang terang, dan bercorak garis lurus untuk menampakkan ruang anda lebih tinggi dan luas. 

Anda boleh mencuba untuk melekatkan wallpaper di siling untuk menghasilkan ruangan yang infiniti. 

Pemasangan Cermin

Cermin besar pada dinding dapat merefleksikan cahaya dan membuatkan ruang tampil lebih luas kerana ruang tidak nampak terbatas

Pemilihan Perabot

Sebelum beli perabot tu, boleh beli perabot yang slim dan simple, bukan kita je yang nak slim, perabot pun sama. Perabot yang slim juga tidak memakan banyak ruang dan senang untuk penyusunan perabot bagi memberikan laluan pencahayaan,

Mount Shelf

Selain perabot yang ramping, anda boleh cuba menggunakan mount shelf. Mount shelf ini tidak menggunakan banyak ruang dan sesuai untuk gaya minimalistik.

Menjaga kebersihan

Akhir sekali, sentiasa membersihkan ruangan rumah anda. Ruangan yang kemas dan teratur membuatkan rumah terlihat lebih luas.

KENAPA PERLU TILES PADA DINDING??

Semua org suka letak tile pada dinding tapi tak semua tau kenapa perlu letak tile pada dinding?? Sy nak share sikit tips dekat sini…

Selalunya kita nmpak dekat toilet supermarket atau dekat dinding kitchen mesti pakai tiles kan?? Kenapa?

 

1. Memang tak dinafikan tile adalah aksesori paling basic utk mencantik kan ruangan atau kawasan2 tertentu… Aksesori ni yg akan menaikkan seri ruangan tersebut… Sekiranya kontraktor berjiwa seni maka kontraktor akan berikan beberapa idea utk cantikkan dinding menggunakan tiles… Sgt mudah dan jimat.

2. Tiles pada dinding dapur dan tandas adalah bagi memudahkan kerja pembersihan dinding selepas digunakan… Klau di ruang dapur selepas memasak biasanya akan terpercik minyak2 makanan dan sekiranya dinding tu menggunakan tiles maka lebih mudah utk dicuci berbanding lap pada dinding tanpa tiles… Tandas pon menggunakan konsep yg sama juga bagi memudahkan kita utk sental dinding kita

3. Sekiranya kita menggunakan tiles pada dinding ruangan porch , ini bertujuan supaya dinding porch terlindung dari hujan dn panas yg membuatkan dinding menggelupas… Selain menahan cuaca ia juga bg mencantikkan seri rumah… ia sebagai aksesori tambahan utk sebuah rumah banglo

Sekian tips yg dpt sy kongsi semoga bermanfaat pada kita dan org sekeliling…

Selamat Mencuba

4 Jenis Plaster Siling

4 JENIS PLASTER SILING

Mungkin ramai diantara anda yang inginkan unsur kemewahan dan moden di ruang tamu atau ruang keuarga… Jadi harini admin share kan beberapa jenis plaster siling yang boleh anda apply kan di rumah.. 

Plaster siling rata ni selalu digunakan kerana harganya yang lebih jimat dan efisien..ni adalah basic untuk plaster siling

Plaster siling jenis cornice ini tampak lebih menarik dan klasik..sesuai untuk mereka yang mempunyai citarasa yang tinggi…

Untuk anda yang ingin tampak lebih moden, boleh lah gunakan plaster siling jenis Lbox ni…kebiasaannya hotel-hotel menggunakan plaster siling jenis Lbox untuk tampil menarik dan moden..

Ni pula plaster siling jenis dome..kebiasaannyea dome ni digunakan di kawasan lampu atau kipas…bagi menampakkan lagi seri di chandelier atau kipas rumah anda