Tips Jimat Elektrik : Peti Ais

Semua orang ada peti sejuk dekat rumah, sebab peti sejuk ni satu keperluan. Tapi, penggunaan yang tak betul boleh merugikan kita, peti sejuk cepat rosak lah, bil elektrik melambung tinggi la macam macamboleh jadi.

Tutup pintu rapat

Setiap kali buka peti ais, pastikan anda tutup pintu dengan rapat sebab udara panas akan mengalir ke dalam peti ais dan boleh merosakkan makanan yang ada dalam peti. Peti pun boleh cepat rosak.

Kalau pintu tak dapat tutup dengan rapat, ganti pelekat baru atau kurangkan beban pastu pintu peti. 

Bersihkan habuk

Alang-alang susun barang dalam peti tu ambilah sedikit masa untuk bersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais . Tapi pastikan, peti ais ditutup dulu.

Banyak cara nak bersihkan koil peti ais,  salah satunya berus dengan berus gigi dan habuk-habuk tadi boleh vakum je. Ada sesetengah peti ais ada grill yang melindungi koil, kalau boleh buka dulu grill tu. 

 

Penuhkan freezer

Okay ni ramai yang salah anggap! Kalau penuhkan freezer tenaga banyak digunakan tapi sebenarnya tak.

Freezer yang penuh sebenarnya mengurangkan penggunaan tenaga. Kalau rasa peti ais tu kosong, Isi je apa-apa, paling mudah letak ais je. Senang, nanti tetamu datang tak perlu beli ais batu dah.

Jangan simpan makanan

Jangan simpan makanan panas dalam peti, kononnya ada lauk lebih, tapi sayang nak buang, kita pun panaskan dan letak dalam peti ais suapaya tahan lama. SALAH! tindakan anda tu salah. 

Kita tak nak udara panas masuk ke dalam peti ais, dia boleh rosakkan makanan dn juga boleh rosakkan peti kerana banyak tenaga yang perlu digunakan untuk menyejukkan makanan. 

Suhu Minima

Kalau rasa nak bercuti lama tu, setkan peti ais pada suhu yang paling minima. 

satu lagi tips, dalam freezer tu ambik satu cawan plastik yang lutsinar, bekukan dia, bila dah beku, letak duit syiling atas cawan tu. Nanti dah balik, tengok kedudukan duit syiling dalam freezer tu dulu, kalau di bawah maknanya, bekalan elektrik terputus lama, anda kena buang semua makanan basah. Tapi kalau sebaliknya, makanan anda SELAMAT! 

Fikir dulu!

Sebelum buka peti, fikir dulu, jangan bila dah buka baru nak fikir  apa barang yang nak diambil dari peti. 

Jarak antara dinding

Pastikan jarak peti sejuk tidak terlalu rapat dengan dinding kalau boleh 10 cm daripada dinding untuk memberikan peti ruang untuk bernafas.

 

Susun barang

Susunan barang dalam peti juga memainkan peranan. Bila barang tersusun peti tidak terlalu crowded nak ambil barang pun mudah. 
Boleh letakkan barang dalam tupperware banyak-banyak supaya nanti bila nak guna terus ambik. 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *