Jimat elektrik : Barangan Elektrik

Semua rumah pakai lampu dan barangan elektronik. Tak dinafikan, barang elektronik banyak memudahkan rutin harian kita. Tapi, ada juga org yang takut nak guna barangan elektronik sebab takut nanti bil elektrik melambung tinggi. Tak apa. Ni saya share tips dia.

1. Mentol lampu

Kalau nak pasang lampu, pastikan guna lampu yang besar untuk pengcahayaan, berbanding guna lampu kecil dengan bilangan yang banyak.

2. Lampu reflective

Seeloknya pilih lampu yang reflective pada siling dan lampu untuk pencahayaan lebih baik.

3. Lampu LED

Masa na beli lampu nanti, beli lampu jenis LED lebih lebih lagi kalau anda jenis yang buka lampu lebih dari 6 jam sehari. Selain terang dan ambil masa yang cepat untuk menyala, dia sebenarnya lebih jimat dari lampu biasa. Kalau tak ada lampu LED, Lampu fluorescent T5 pun boleh.

4. Sentiasa mengemas

Rajinkan diri bergotong royong, sentiasa bersihkan habuk pada kipas, kerana semakin tebal habuk pada kipas semakin banyak tenaga yang diambil untuk berpusing mengikut kelajuan. Kadang-kadang tu, ada yang sampai kipas dia tak boleh berpusing sebab habuk banyak sangat. Pastikan juga lampu tidak berhabuk untuk mendapatkan pengcahayaan yang cukup.

5. Elakkan mode standby

Rajinkan diri untuk tutup suis selepas guna peralatan elektrik. Elakkan dari membiarkannya dalam mode standby. Walaupun dia dalam keadaan pasif. Tapi sebenarnya, alatan tadi masih menggunakan tenaga elektrik cumanya dalam kuantiti yang sedikit. Jangan biarkan juga PC,TV atau monitor LCD dalam keadaan mod standby bila tidak digunakan. Kadang-kadang litar pintar pun n boleh berlaku disebabkan ini bila terlalu overload.

6. Barangan elektrik

Sebelum beli barangan elektronik, beli barang yang tahan lama dan mudah diselenggara, barang yg selalu diselenggara menggunakan tenaga elektrik yang sedikit. Kalau boleh tanya jurujual tu pasal barang yang nak dibeli? Sebelum ni ada masalah ke? Kalau rosak berapa kos baikinya? Apa kelemahan dia? Dan cara penggunaanya. Biasanya mereka lebih tahu tentang produk mereka.

7. Gunakan Microwave

Jangan ingat memasak guna microwave guna elektrik yang banyak. Sebenarnya, kalau penggunaan microwave lebih menjimatkan tenaga dimana anda tak perlu nak buka lampu yang banyak, pasang exhaust fan, masukkan dalam beberapa minit je dah siap. Ia juga mengurangkan masa memasak sebanyak 15-20 peratus.

8. Cerek elektrik

Setiap rumah mesti ada cerek elektrik kan? Sama juga macam iron baju,kalau boleh,maksimumkan air dalam cerek. Air yang lebih tadi, boleh jadikan sebagai air masak.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *