Tips jimat elektrik

Hidup ni haruslah sentiasa berhemah dalam sesuatu perkara. Jadi, ini 6 amalan yang boleh membantu anda menjimatkan bil elektrik. 

Gosok Baju

Kalau boleh set satu hari untuk gosok baju untuk seminggu. Biasa orang ambik waktu cuti, haa, gosok baju sekaligus dpat jimat kan elektrik sebab banyak tenaga yang digunakan untuk panaskan permukaan seterika tu. Walaupun cuma awal-awal je, tapi cuba bayangkan, kalau tiap-tiap hari ambik tenaga yang banyak. Tapi kalau gosok sekaligus, jimat masa jimat tenaga.

Kipas

Sebaiknya elakkan penggunaan aircond selalu sebaliknya gunakan kipas. ada pelbagai kaedah untuk sejukkan rumah tanpa aircond. Klik sini untuk baca tips sejukkan rumah tanpa aircond!

Timer

 Gunakan timer untuk peralatan yg memerlukan masa tertentu terutamanya bila mengecas sesuatu. Lagi bagus kalau, ada kabel yang berhenti menggunakan elektrik selepas dah sesi mengecas mencapai 100%.

Menanam pokok

Tanam pokok atau pohon rendah supaya rumah tak terlalu panas. Suasana pun nyaman.

Alat penjimatan elektrik

Gunakan alat penjimatan elektrik (energy saving )tapi pastikan ianya sah di sisi undang-undang Malaysia dan disyorkan oleh suruhanjaya tenaga.

Elakkan penggunaan alatan elektrik

Sekiranya sedang bergotong royong, seperti bertukang atau kerja-kerja yang tak memerlukan banyak tenaga, seeloknya guna alatan tangan sahaja.

Akhir sekali, selalu semak bil, pantau dari masa ke semasa. Senang nanti nak trace peralatan ape yang consume banyak elektrik.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *