6 Jenis Karpet popular

Hmm nak beli karpet tapi tak tahu mana yang okay, mana nak jaga elok-elok, mana nak letak kat ruang tamu. Pada pandangan sesetengah orang semua jenis karpet adalah sana. Tpi, sebenarnya, ada bezanya.

Karpet sutera

Bagi sesiapa yang nak bilik tidur macam kat istana boleh la beli karpet ni, selain berkualiti tinggi dimana tak cepat pudar,karpet ini pun lembut dan meninggalkan bekas. Harga karpet ini kebiasaanya mengikut keunikan tenunan sutera itu sendiri. 

Karpet polypropylene

Karpet ni budget friendly dan sesuai digunakan dimana2 ruang tamu boleh, bilik tidur pun boleh. Mudah dibersihkan tpi warnanya cepat pudar. Namun, memadai untuk menambah seri sesuatu ruangan kat rumah tu.

Karpet wool

Karpet wool ni nampak je lembut, mcm bulu biri2, tapi sebenarnya, karpet ni tahan lama dan lasak. Sesuai digunakan di semua ruangan. Dan harganya agak mahal berbanding karpet polypropylene dan kadang-kadang susah untuk dibersihkan apabila kotoran degil melekat pada benang wool.

Karpet Nilon

Karpet ni lembut dan mudah dibersihkan sebab karpet ni ringan dan tak berat mcm karpet polypropylene. Tak sesuai sebenarnya digunakan di ruang tamu, sebab tekstur nya yang lembut dan cepat kotor. Karpet ni sesuai digunakan di ruang makan dan bilik air sebab dia serap air.

Karpet katun

Walaupun karpet ni jauh lebih murah berbading karpet yang lain, tetapi karpet ni agak tebal dan biasanya anti-slip, mudah dibersihkan dan tahan lebih lama.

Karpet vinyl

Karpet vinyl ini mempunyai ketebalan dari 0.5 mm sehingga 2.2 mm. Senang nak dijaga dan nyaman dipiJak kerana materialnya yang lebih halus. Tapi jaga2, karpet ni mudah terkoyak dengan benda benda tajam.

1 reply

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *