Tips bersihkan rumah dengan cepat dan efisien.

Raya dah dekat, banyak nya nak kena kemas. Malu nanti orang datang beraya rumah bersepah, aura raya tu tak ada.

Jadi saya kongsikan tips nak kemaskan rumah dengan cepat dan mudah.

1. Sarung bantal lama

Sarung bantal lama yang dah tak digunakan sebenarnya sangat berguna untuk bersihkan kipas. Sarungkan pada bilah kipas dan tarik. Habuk pun ta berterabur kipas pun bersih. Nak lagi berkilat, lap-lap la skit.

2. Sarung tangan getah

Perasan tak, walau pun kita dah vacuum, dah mop, dah penat kemas. Tetibe boleh ada lagi rambut. Sapu sapu ta dapat.. haih! Jadi pakai la sarung tangan getah. Senang nak ambik. Yang ada si bulus kat rumah pun boleh guna cara ni.

3. Bersihkan papan pemotong

Setiap hari kita masak, potong itu ini. Papan pemotong pun dah nampak macam baru lepas perang. Kadang2, potong epal pun rasa lada. Pulak tu, dah basuh pun tetap ada lg kotoran kat celah-celah hirisan tu. Jadi solusi untuk masalah anda ni, anda boleh gunakan lemon untuk bersihkan papan pemotong. Konfem! Papan anda akan nampak baru

4. Vacum tanpa wayar

Kalau rasa macam anda bajet lebih, boleh beli vacum ni. Memang senang dan jimat masa. Ringan dan mudah untuk digunakan. Tak ada lah, kena pasang dan bukak plug. Cas beberapa jam dah boleh guna tingkat dan bawah.

5. Bahan pencuci sendiri

Pernah tak, dalam almari tu penuh dengan bahan pencuci, tpi last2 tak guna jugak. Dahla ambik ruang pastu mcma berselerak pulak. Jadi bancuh bahan pencuci anda sendiri. Jimat pun jimat. Hanya campurkan 4 sudu baking soda dengan air suam je. Tapi nak lagi bagus, boleh tambahkan jus lemon dan clorox sikit.

6. Tapis barang

Kadang-kadang kita ada hiasan atau barangan yang dah tak berfungsi dengan baik, hiasan pun macam dah lama. Jadi boleh la adjust atau pindahkan ke tempat lain yang sepatutnya. Barulah rumah tak nampak crowded.

7. Kain microfiber

Kain microfiber sangat bagus untuk membersihkan rumah kerana dia memerangkap habuk dengan lebih efisien dengan mudah. Jadi penggunaan kain microfiber sangat digalakkan

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *