5 benda penting sebelum setup bilik tidur korang

Entri kali ni, cuma nak cerita aspek aspek penting yang kita kena fikir sebelum setup bilik tidur kita.

1. Katil yang selesa

Katil merupakan komponen penting kepada bilik tidur sebab saya tak pernah jumpa katil dalam bilik air. Mana bilik yang ada katil, itulah yang kita panggil bilik tidur. Tapi katil mestilah sesuai dengan tema bilik dan tak terlalu besar sehingga menyukarkan pergerakan lagi bagus kalau ada ruang untuk solat bagi yang muslim.

2. Meja kecil (bedside table)

Meja kecil sebelah katil ni bagus untuk hiasan, letak telefon, letak gelas masa membaca buku, letak lampu tidur dan banyak lah. Bergntung kepada reka bentuk bedside table tersebut.

3. Almari

Biasanya kalau bilik tidur almari ni pun penting. Macam macam nak simpan. Oleh itu, beli lah almari yang besar. Bila dah beli almari yang besar mesti makan ruang kan? Jadi belilah almari yang ada fungsi yang lain juga seperti almari yang mempunyai pintu yang bercermin.

4. Perabot tambahan

Wall mounted atau gmbar hiasan juga bagus untuk menaikkan lagi seri bilik tidur tu. kalau ada bajet lebih skit, boleh tambah lampu untuk pencahayaan semacam hotel gitu.

5.Langsir

Bilik tidur ni adalah ruang privasi, langsir tu perlu. Untuk menghalang cahaya matahari dan protect privasi kita. Kalau boleh belilah langsir yang halang UV untuk kesihatan di jangka masa yang panjang.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *