4 Konsep asas rumah

Sebelum saya terangkan dengan lebih dalam konsep rumah. Saya  cerita pasal 4 konsep asas rumah, iaitu moden, minimalis, hipster dan klasik untuk pengetahuan am. 

1. Moden

Konsep moden memang konsep yang sangat popular kerana mempunyai ciri-ciri yang unik. Konsep moden ni dikatakan lebih segar kerana mempunyai ciri dan bentuk yang unik. Kadang-kadang, perabot dengan bentuk pelik yang kita sangkakan hanya sekadar hiasan, sebenarnya mempunyai fungsi yang sama dengan perabot yang lain. 

cirinya yang ditampil unik dan bersahaja menjadi pilihan ramai orang pada masa kini. 

2. Minimalis

Konsep minimalis ni lebih kurang sama dengan konsep moden cumanya skema warna untuk konsep minimalis lebih kepada warna hitam, kelabu dan putih. 

Perabot yang digunakan juga sangat simple dan bilangan perabot pula seiring dengan penggunaanya. Setiap perabot ada fungsinya tersendiri.

Kebiasaanya konsep ini menjadi pilihan mereka yang bujang, baru berkahwin dan yang selalu berpindah-randah. kerana barangnya yang kurang.  

3. Hipster

Konsep hipster pula penuh dengan warna warni. Sekali pandang kita nampak seperti gabungan konsep indie dan retro. 

Barang-barang lama seperti radio lama, basikal tua dan lukisan lama dijadikan hiasan.  Sesetengah itu menggunakan perabot dari barangan lama dan diubahsuai menjadi barang yang baru dengan fungsi yang berlainan. 

Konsep ini biasanya di gunakan di butik dan kafe. 

4. Klasik

Konsep klasik pula lebih kepada lambang kemewahan dan gaya-gaya eropah atau rom. 

Setiap elemen mesti mempunyai kerawang atau pun ukiran-ukiran bunga pada perabot. Contohnya sofa. warna yang digunakan pun lebih kepada warna kayu dan bertema gelap unntuk lebih ekslusif.  

 

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *