Jenis Jenis Tanah

Ramai pelanggan sy mempunyai tanah. Dan ada diantara mereka yang nak bina rumah di atas tanah sendiri. Di sini sy nak share jenis tanah dan kesesuaian utk membina rumah.

Tanah Keras / Top Soil

Memang kebanyakan tanah yang digunakan utk bina rumah adalah tanah keras.. Biasanya tanah pertanian atau tanah kebun yang mmg hendak di bina rumah merupakan tanah keras ni. Tanah ini mmg sangat sesuai utk tujuan membina rumah kerana tanah ni mmg keras dan dapat membuatkan tapak rumah stabil apabila kita membina di atas tanah tersebut. Biasanya pelanggan kami beli tanah yang terbiar lama dan akhirnya memanggil kami utk membina rumah idaman mereka.

Tanah Gambut

Biasanya tanah gambut ni adalah tanah yang bewarna hitam, lembek dan biasanya tanah ni sesuai utk buat pertanian atau tanaman. Walau bagaimanapun, keadaan di Malaysia membuatkan pilihan kita terpaksa membeli tanah gambut untuk membina rumah. Walaupun tanah ni sedikit murah berbanding tanah keras tapi mestilah di ingat bahawa kos pembinaan akan sedikit meningkat bila kita membina rumah pada tanah gambut. Kita akan membuat beberapa step tambahan sebelum membina rumah di ats tanah tersebut. (Boleh rujuk video kami)

Tanah Paya / Lembik

Tak banyak org yang membeli tanah paya atau tanah lembik utk membina rumah. Tetapi dengan keadaan kos yang semakin tinggi kami tak tolak kemungkinan ade pelanggan kami yang membeli tanah paya utk tujuan membina rumah. Kos pembinaan juga akan meningkat lebih banyak sebab diantaranya kami akan menjalankan kerja piling dan penambakan tanah sebelum membuat tapak rumah. Semestinya akan memeningkan kepala pelanggan utk memikirkan keadaan tapak rumah.

Jadi saya sarankan pada pelanggan saya utk mendapatkan sedikit nasihat sebelum membeli tanah utk membina rumah. Kerana ini sgt penting utk masa depan kita dan keluarga kita. Semoga memperoleh mantaaf dari entri kali ni.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *