Bina Rumah Atas Tanah Lembut

Kali ni entry sy agak teknikal sikit sbb sy cuba nak explain pada pelanggan sy berkenaan teori mcm mana cara kita nak bina rumah di atas tanah yang lembik / lembut.

Tanah yang lembut ni biasanya tanah gambut / paya / tambak. Tanah gambut dan paya teorinya masih lagi sama sebelum kontraktor membina sebuah rumah, kontraktor akan pastikan tanah itu betul2 selamat utk diduduki. Dah jadi kewajiban sebelum nak bina rumah kontraktor akan letak ‘concrete waste’ atau ‘simen buangan’ pada tapak rumah sebelum mereka menambak tanah tersebut. Ini bertujuan utk memberi tapak yang keras serta tak mudah mendap apabila membina rumah akan datang. Semestinya lepas menghamparkan concrete waste kontraktor akan tambak tanah utk menaikkan level tanah bagi memadatkan concrete waste yg telah di hampar.

Concrete waste

Setelah di tambak beberapa kaki kontaktor akan memadatkan tanah, kontraktor akan membiarkan tanah utk sekian waktu bagi memastikan tanah tersebut padat dgn sendirinya. Proses ini bergantung pada cuaca dan biasanya kontraktor akan biarkan tanah selama 6bulan – 12 bulan. Sekiranya ia di biarkan tanah akan padat apabila sampai waktu yg sesuai.

 

Sekiranya pelanggan menginginkan tanah segera padat maka kontraktor akan menggunakan machine compactor utk memadatkan tanah dan segera membuat persediaan utk team soil investigate (SI) memeriksa kepadatan tanah. Setelah team SI menjalankan tanggung jawabnya report kekuatan tanah akan keluar dan engineer pihak kontraktor akan pastikan sama ada tanah layak diduduki atau tak. Sekiranya tidak proses pemadatan akan di buat semula dan sekiranya ok tanpa masalah maka bermula lah kerja kontraktor membina rumah.

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *