Tips sejukkan rumah tanpa aircond.

Tak dinafikan sekarang cuaca tidak menentu. Ini adalah tips-tips yang mudah dan cepat untuk sejukkan rumah. 

1. Tinted tingkap

Jangan ingat kereta je kena ada tinted, cermin tingkap pun kena ada tinted tau. Selain dapat mengelakkan matahari daripada terus masuk, tinted ni pun menyumbanh kepada keselamatan rumah.

2. Tidur di aras lantai

Rasa mcm pelik tpi inilah kenyataan. Kenapa tidur atas lantai? Dia lebih kurang sama dengan analogi kenapa bumbung yang makin tinggi makin sejuk. Haba ada yang datang daripada sling jadi apabila Bila kita berada di paras yang rendah, kita sebenarnya akan merasa sedikit sejuk berbanding tidur diatas katil.

3. Masukkan cadar dan selimut dalam peti ais

Haa ni lagi satu pelik. Ini adalah alternatif aircond segera. Sebelum pergi kerja tu, boleh masukkan cadar dan selimut kedalam plastik dan masukkan kedalam peti sejuk. Nanti nak tidur, ambik dan pakai. Perghh nyaman sangat.

4. Tanam pokok sekeliling rumah

Ini memang cara yang memang legend, pokok sekeliling rumah sebenarnya meredupkan kawasan rumah yakni cahaya matahari tu tak terkena direct dekat rumah anda. Tpi, dalam menanam tu, pastikan juga kawasan halaman dalam keadaan bersih, terlalu banyak semak samun, boleh mengundang binatang yang tidak diingini.

5. Kolam

Sebenarnya kolam yang kecil pun dah memadai untuk menghasilkan suasana yang sejuk dan nyaman.

6. Bahan tanah liat

Kalau terdetik di hati anda, nak bina rumah atau nak renovate rumah pada masa akan datang, gunalah bahan tanah liat seperti batu tanah liat dan atap genting tanah liat. Kerana tanah liat kurang menyerap haba, dan menghasilkan suasana rumah yang sentiasa sejuk.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *